Hayat TCM & WellnessSubang Perdana

Rawatan tepat,
satu titik pada satu masa.

Akupunktur, bekam api, hijama & ubat herba bersijil Halal oleh Pengamal Perubatan Cina bertauliah di Subang Perdana.

Rawatan & Harga
Konsultasi PERCUMA dengan rawatan
Pengamal bertauliah
Herba Halal
01 / 03

Konsultasi TCM

Kami dengar keseluruhan masalah anda — sakit, tidur, penghadaman, tenaga, stres dan sejarah kesihatan — untuk cari punca sebenar.

02 / 03

Diagnosis Nadi & Lidah

Diagnosis klasik TCM memetakan corak Qi, Darah dan Yin-Yang anda — dan menentukan titik mana yang perlu dirawat.

03 / 03

Rawatan Peribadi

Jarum steril pakai buang diletakkan tepat pada titik akupoint, bersama bekam atau herba Halal bila perlu. Pelan khas untuk badan anda.

Bila Qi mengalir,
badan pulih.

Scroll
Kenal masalah ini?

Hidup dengan sakit atau badan tak seimbang bukan perkara biasa

Dalam TCM, sakit berulang, tidur terganggu dan masalah hormon adalah tanda Qi dan darah tidak mengalir dengan lancar. Inilah masalah yang kami bantu setiap hari.

Sakit badan & sendi

Leher, bahu, belikat, belakang, slip disc, sciatica, sakit lutut, tangan & kaki.

Sakit kepala & migrain

Sakit kepala tegang dan migrain berulang yang mengganggu harian anda.

Strok & masalah saraf

Lemah selepas strok, kebas, semut-semut, Bell's palsy.

Susah tidur & stres

Insomnia, resah dan keletihan berpanjangan.

Hormon & haid

Haid tidak teratur, PCOS, PMS dan ketidakseimbangan hormon.

Berat badan & metabolisme

Berat badan sukar turun, selera tak terkawal, kembung dan badan sembap.

Penghadaman

Kembung, gastrik dan masalah buang air besar.

Kulit kusam & penat

Kulit kurang tegang, garis halus dan wajah nampak letih.

Penyelesaian

Rawatan yang tepat mengikut masalah anda

Setiap masalah ada punca yang berbeza, jadi setiap pelan rawatan juga berbeza. Selepas diagnosis, kami pilih rawatan yang paling sesuai untuk anda.

Quick Pain Relief Acupuncture
Rawatan utama · sendi & otot

Quick Pain Relief Acupuncture

Teknik akupunktur khas kami yang fokus kepada sakit otot dan sendi tertentu. Direka untuk melegakan sakit dengan pantas dan mengurangkan kesakitan secara keseluruhan dalam lebih sedikit sesi.

  • Sakit leher, bahu & belakang
  • Slip disc, sciatica & sakit lutut
  • Frozen shoulder & sakit belikat
  • Sakit tangan & kaki
  • Ramai pesakit merasa perbezaan sejak sesi pertama
  • Konsultasi PERCUMA dengan rawatan
RM99/ sesi

*Hasil berbeza mengikut individu. Kesesuaian disahkan selepas penilaian.

Aliran Rawatan

Tiga langkah ke rawatan yang tepat untuk anda

TCM merawat punca dan keseluruhan badan, bukan simptom semata-mata. Sebab itu kami tak pernah langkau proses diagnosis.

01

Konsultasi TCM

Kami dengar keseluruhan masalah anda — aduan utama, tidur, penghadaman, tenaga, stres, kitaran haid dan sejarah kesihatan — untuk faham punca sebenar.

02

Diagnosis Nadi & Lidah

Diagnosis klasik TCM melalui nadi dan lidah menunjukkan corak ketidakseimbangan Qi, Darah, Yin-Yang dan organ — panduan untuk setiap jarum dan herba.

03

Rawatan Peribadi

Pelan rawatan khas untuk anda: akupunktur, bekam, herba atau gabungan — dengan anggaran sesi dan kemajuan yang jelas.

Herba TCM Halal

Ubat herba yang boleh diambil dengan tenang hati

Setiap preskripsi herba di Hayat menggunakan herba granul pekat daripada Ko Da Pharmaceutical, Taiwan — pengeluar bertaraf GMP yang produknya bersijil Halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA), badan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Diiktiraf JAKIMDisijilkan oleh THIDA, badan Halal luar negara yang diiktiraf JAKIM
953 produk disijilkanTermasuk 237 herba granul tunggal dan 263 formula
Pembuatan GMPKualiti konsisten dan dos tepat setiap sudu
Disesuaikan untuk andaDicampur ikut preskripsi selepas diagnosis nadi & lidah
Sijil Halal no. CP73501040726 · sah hingga 7 Julai 2028
Baca: apa yang perlu anda tahu tentang herba TCM →
Rak herba granul TCM Ko Da di Hayat TCM
Botol herba granul berlabel nama herba
Sijil Halal Taiwan Halal Integrity Development Association untuk Ko Da Pharmaceutical
Sijil Halal
Kenapa Hayat

Rawatan yang boleh dipercayai, diterangkan dengan jelas

Pengamal bertauliah

Pengamal Perubatan Cina bertauliah dengan latihan klinikal di hospital.

Herba bersijil Halal

Ubat herba daripada pengeluar bersijil Halal — tiada kebimbangan tentang alkohol atau bahan haiwan.

Rawat punca

Setiap pelan bermula dengan konsultasi serta diagnosis nadi & lidah — PERCUMA dengan rawatan.

Seiring doktor anda

Kami teliti laporan perubatan anda dan melengkapi rawatan hospital, bukan menggantikannya.

CMP Mujahid Mazlan
Siapa kami

Pusat TCM Halal, dibina untuk komuniti kita

Hayat (“kehidupan”) diasaskan oleh CMP Mujahid Mazlan, graduan Sarjana Muda Perubatan Cina (BSc. Chinese Medicine, IMU), untuk membawa TCM yang autentik kepada setiap rakyat Malaysia — dalam bahasa dan suasana yang anda selesa.

Mulakan pemulihan anda

Badan anda perlukan keseimbangan. Mari kita dengar bersama.

Tempah konsultasi TCM anda hari ini. Kongsikan masalah anda di WhatsApp dan kami akan cadangkan rawatan serta slot yang sesuai.

Utama / Tentang Kami

Tentang Hayat TCM & Wellness

“Hayat” bermaksud kehidupan. Kami hadir untuk membawa Perubatan Tradisional Cina yang autentik kepada setiap rakyat Malaysia — Halal, mudah difahami dan diamalkan secara bertanggungjawab.

Kisah kami

TCM yang boleh dipercayai, cara Halal

TCM telah membantu jutaan manusia sejak ribuan tahun, namun ramai Muslim di Malaysia masih ragu-ragu untuk mencubanya — terutamanya kerana tidak pasti status Halal, penggunaan alkohol dalam ekstrak dan bahan berasaskan haiwan.

Hayat TCM & Wellness Centre diasaskan untuk merapatkan jurang itu: rawatan TCM oleh pengamal bertauliah dengan herba bersijil Halal, oleh pengamal yang memahami masyarakat, bahasa dan nilai kita.

Hayat TCM & Wellness Centre

Misi Kami

Menyediakan rawatan Perubatan Tradisional Cina yang selamat, berkesan dan Halal — merawat punca, melengkapi perubatan moden dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Visi Kami

Menjadi rangkaian TCM Halal paling dipercayai di Malaysia — dengan cawangan di seluruh negara dan pasukan pengamal yang bekerjasama rapat dengan sistem kesihatan moden.

Halal & beretikaHerba bersijil Halal, jarum steril pakai buang, nasihat yang jujur.
Rawatan puncaKonsultasi serta diagnosis nadi & lidah sebelum setiap rawatan.
IntegratifKami hormati rawatan doktor anda dan bekerja seiring dengannya.
Kenali pengamal kami →Lawati cawangan kami
Utama / Cawangan Kami / Subang Perdana

Hayat TCM & Wellness - Subang Perdana

Cawangan pertama kami, berkhidmat untuk Shah Alam, Subang dan sekitar Lembah Klang.

Lawati kami

Hayat TCM & Wellness Centre

AlamatNo. 4, Jalan SP 2/3, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor
Buka di Google Maps →
Waktu operasi9.30 pagi – 6.30 petang
Sesi malam sehingga 9.30 malam pada hari tertentu (atas permintaan & kekosongan)

Subang Perdana

No. 4, Jalan SP 2/3, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam

Perkhidmatan di cawangan ini

AcupunctureSakit, fullbody, strok, slimming & hormon
BekamBekam api & hijama
Facial AcupuncturePakej kecantikan
Terapi vitaminDrip, Vit D, B12
Herba TCMHerba bersijil Halal
Home visitPemulihan strok, Selasa & Rabu
Cawangan baharu akan datang

InsyaAllah, Hayat TCM akan berkembang ke lebih banyak lokasi. Ikuti kami untuk pengumuman terkini.

@hayat_tcm
Utama / Perkhidmatan

Perkhidmatan & Harga

Setiap rawatan bermula dengan konsultasi TCM serta diagnosis nadi & lidah, diikuti pelan rawatan khas untuk anda.

Harga telus. Tiada kejutan.

Pilih rawatan, atau tempah konsultasi dan kami cadangkan rawatan yang paling sesuai untuk anda.

Rawatan Utama Pengamal memasukkan jarum akupunktur pada tangan dan lengan pesakit

Quick Pain Relief Acupuncture

Teknik akupunktur khas kami untuk sakit sendi dan otot tertentu — direka untuk melegakan sakit dengan pantas dan mengurangkan kesakitan secara keseluruhan dalam lebih sedikit sesi, supaya anda pulih dan bebas sakit.

  • Sakit leher, bahu & belakang
  • Slip disc, sciatica & sakit lutut
  • Frozen shoulder & sakit belikat
  • Sakit tangan & kaki
  • Ramai pesakit merasa perbezaan sejak sesi pertama
RM99/ sesi
Tempah →
1 sesiRM99
3 sesiRM289
5 sesiRM489

*Hasil berbeza mengikut individu. Untuk masalah lain, kami biasanya cadangkan Fullbody Complex Acupuncture.

Pesakit berbaring menerima akupunktur seluruh badan dengan lampu TDP

Fullbody Complex Acupuncture

Rawatan utama untuk kebanyakan masalah — pendekatan keseimbangan seluruh badan yang merawat punca di sebalik pelbagai masalah dalam satu sesi.

  • Sakit kepala & migrain
  • Resdung
  • Insomnia, stres & keletihan
  • Masalah penghadaman
  • Kesejahteraan & imuniti
RM150/ sesi
Tempah →
1 sesiRM150
3 sesiRM399
6 sesiRM699
Akupunktur kulit kepala untuk pemulihan strok

Stroke / Neuro Rehabilitation Acupuncture

Akupunktur fokus saraf (scalp & badan) bersama electroacupuncture untuk membantu pemulihan pergerakan, pertuturan dan fungsi.

  • Lemah & kejang selepas strok
  • Bell's palsy, kebas, masalah saraf
  • Home Visit tersedia untuk pesakit pasca-strok
RM190/ sesi
Tempah →
1 sesiRM190
3 sesiRM539
6 sesiRM999
Akupunktur abdomen untuk slimming dan keseimbangan hormon

Slimming & Hormone Balancing Acupuncture

Membantu mengawal metabolisme, selera makan dan hormon melalui akupunktur mengikut jenis badan anda.

  • Pengurusan berat badan
  • Haid tidak teratur, PCOS, PMS
  • Kembung & badan sembap
RM280/ sesi
Tempah →
4 sesiRM799
8 sesiRM1,199
RM180/ sesiHarga sesi percubaan bersama mana-mana pakej Mounjaro di Klinik Hayat
Konsultasi PERCUMA dengan sebarang rawatan atau ubat herba. Jimat dengan pakej berbilang sesi — kebanyakan masalah memberi hasil terbaik dengan rawatan berterusan.
Add-on: Pulse Diagnosis RM60 · Electroacupuncture RM35
Bekam Api
Bekam Hijama
Kaedah
Cawan kaca dipanaskan dengan api untuk sedutan
Torehan halus steril, kemudian cawan sedutan
Darah
Tiada — kulit tidak ditoreh
Ya — sedikit darah dikeluarkan
Sesuai untuk
Otot tegang, lenguh badan, masuk angin, keletihan
Amalan Sunnah, sakit kepala, badan berat, detoks
Selepas rawatan
Kesan bulat yang hilang dalam 3–7 hari
Kesan bekam dan torehan halus yang sembuh dalam beberapa hari
Rawatan bekam api pada belakang pesakit

Bekam Api (Fire Cupping)

Tanpa darah. Cawan kaca dipanaskan dengan api untuk menghasilkan sedutan pada kulit — tiada torehan. Teknik klasik TCM untuk melegakan otot tegang, melancarkan darah dan membuang angin.

  • Belakang & bahu tegang
  • Letih & lenguh badan
  • Selesema & masuk angin
RM89/ sesi
Tempah →
Sunnah Rawatan bekam Hijama dengan peralatan steril

Bekam Hijama (Bekam Berdarah)

Dengan sedikit darah. Kulit ditoreh halus dengan bilah steril pakai buang, kemudian cawan sedutan mengeluarkan sedikit darah. Amalan Sunnah digabung dengan pemilihan titik TCM.

  • Detoks & peredaran darah
  • Sakit kepala & badan berat
  • Boleh digabung dengan akupunktur
RM55/ 4 cawan
Tempah →

Pakej Bekam Api

Gabungkan bekam dengan akupunktur dan herba untuk hasil yang lebih mendalam dan tahan lama.

Best Seller · Jimat RM50 Akupunktur untuk sakit pinggang

Bekam Api + Complex Fullbody Acupuncture

Lepaskan ketegangan dengan bekam api (tanpa darah), kemudian seimbangkan seluruh badan dengan complex acupuncture dalam satu lawatan.

RM89 + RM150 = RM239
RM189/ sesi
Tempah →
Optimum · Terbaik Ubat herba granul TCM bersijil Halal

Pakej Optimum

Rawatan lengkap: bekam api, complex fullbody acupuncture dan ubat herba yang dirangka khas untuk sambung pemulihan di rumah.

  • Bekam Api
  • Complex Fullbody Acupuncture
  • Ubat herba tailor-made (bekalan 2 minggu)
RM389/ pakej
Tempah →
Kecantikan Aesthetic facial acupuncture dengan jarum halus

Aesthetic Facial Acupuncture

Rawatan kecantikan semula jadi mengikut keperluan wajah anda — membantu menegangkan, mencerahkan dan menyegarkan kulit dari dalam.

RM160/ sesi
Tempah →
1 sesiRM160
3 sesiRM459
6 sesiRM899

Pilihan tambahan (RM85 setiap satu): Facial Gua Sha · Fullbody Acupuncture · Head & Neck Gua Sha

Terapi vitamin drip

Vitamin Drips

Terapi vitamin melalui titisan IV untuk tenaga, pemulihan dan kesihatan kulit.

Harga selepas konsultasi doktorTanya →

Vitamin D Injection

Untuk paras vitamin D rendah — menyokong tulang, imuniti dan emosi.

Harga selepas konsultasi doktorTanya →

Vitamin B12

Menyokong kesihatan saraf, tenaga dan pembentukan sel darah merah.

Harga selepas konsultasi doktorTanya →
Terapi vitamin memerlukan konsultasi bersama doktor terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian dan dos. Harga dimaklumkan selepas konsultasi.
Pakej Home Visit

Pemulihan Strok & Akupunktur di Rumah

Buat masa ini terhad kepada rawatan pasca-strok sahaja.

Untuk pesakit yang sukar bergerak ke klinik. Kami bawa rawatan akupunktur fokus saraf dan penilaian pemulihan terus ke rumah anda — supaya pemulihan berterusan dengan selesa.

Pakej termasuk

  • Konsultasi & diagnosis
  • Akupunktur fokus saraf
  • Electroacupuncture (jika perlu)
  • Penilaian pemulihan fizikal
  • Kos perjalanan ke rumah (tidak termasuk tol & parkir)

Terma & Syarat

  • Selasa & Rabu sahaja, 10.30 pagi – 2.30 petang (tertakluk kepada perubahan & trafik)
  • Jarak dikira (Waze) dari Hayat Wellness Subang Perdana
  • Tol & parkir tambahan ditanggung pesakit
  • Disyorkan ambil ubat herba untuk percepatkan pemulihan
Zon 10 – 8 km
RM259/ sesi
5 sesiRM1,229RM245.80/sesi
10 sesi + 1 PERCUMARM2,329RM211.73/sesi
Zon 28 – 15 km
RM309/ sesi
5 sesiRM1,469RM293.80/sesi
10 sesi + 1 PERCUMARM2,779RM252.64/sesi
Zon 315 – 25 km
RM359/ sesi
5 sesiRM1,699RM339.80/sesi
10 sesi + 1 PERCUMARM3,229RM293.55/sesi
Zon 425 km +
RM409/ sesi
5 sesiRM1,939RM387.80/sesi
10 sesi + 1 PERCUMARM3,679RM334.45/sesi
Utama / Pengamal Kami

Pengamal Kami

Kenali pasukan Pengamal Perubatan Cina bertauliah kami.

CMP Mujahid Mazlan

CMP Mujahid Mazlan

Pengasas & Pengamal Perubatan Cina

Ijazah Sarjana Muda Perubatan Cina (IMU, 2025). Fokus kepada pengurusan kesakitan, pemulihan strok & saraf, dan keseimbangan hormon.

Pemulihan strokPain reliefHormonHijama
Lihat profil penuh →
+

Pengamal baharu akan menyertai

Pasukan kami sedang berkembang, InsyaAllah. Pengamal TCM bertauliah yang berminat menyertai? Hubungi kami di WhatsApp.

Utama / Pengamal Kami / Mujahid Mazlan
CMP Mujahid Mazlan
CMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · “Tobib Muja”
Tentang Saya

Siapa saya?

Assalamualaikum. Saya Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan Cina berdaftar KKM dan pengasas Hayat TCM & Wellness Centre. Saya membesar di Kemaman, Terengganu, dengan impian menjadi doktor sejak darjah lima.

Saya pernah memulakan pengajian perubatan di Timur Tengah. Kembali ke Malaysia, lawatan ke IMU Open Day memperkenalkan saya kepada Perubatan Tradisional Cina — satu sistem perubatan lengkap yang saya tak pernah tahu boleh dipelajari di peringkat ijazah — dan ia mengubah haluan hidup saya.

Saya menamatkan Foundation in Science di IMU dengan cemerlang, dan seterusnya menyambung pengajian ijazah Chinese Medicine. Dari situ saya menjalani latihan di pelbagai hospital dan klinik TCM — dan melihat sendiri bagaimana TCM dan perubatan moden boleh bekerjasama demi pesakit.

“Kajian saya mendapati ramai orang Melayu ragu-ragu mengambil herba TCM tanpa jaminan Halal. Hayat wujud untuk merapatkan jurang itu — TCM yang anda boleh percaya, oleh seseorang yang memahami anda.”
Ijazah Sarjana Muda Perubatan CinaInternational Medical University (IMU), 2025
Pengamal T&CM berdaftar KKMAPC No. PTC-PPPB2026/30837
PenyelidikanPengetahuan, sikap & tingkah laku masyarakat Melayu terhadap TCMChinese Medicine and Culture, 8(4):417–430, Dis 2025 · ScopusBaca kertas kajian →
BahasaMelayu, Inggeris, Mandarin asas & Arab pertengahan
Latihan di hospitalHospital Selayang (KKM) — akupunktur di wad paliatif & geriatrik, mesyuarat pasukan pelbagai disiplin · Hospital Tuanku Ja'afar Seremban · HCTM UKM
Penempatan klinikal TCMTung Shin Hospital · Ren Yi Tang · Xi Fertility TCM · MyTCM · Pertama TCM · Pu Jian TCM
Pendedahan antarabangsaChang Gung Hospital, Taiwan
Mengasaskan Hayat TCM & WellnessSubang Perdana — TCM Halal untuk sakit, pemulihan strok, hormon & kesejahteraan
Perjalanan saya

Latihan, mentor & sahabat sepanjang perjalanan

Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Konvokesyen IMU, 5 Julai 2025
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Penempatan klinikal di Hospital Tung Shin
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Bersama mentor di Hospital Tung Shin
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Mendispens herba mentah di dispensari Tung Shin
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Hari Terbuka IMU
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Bersama rakan sekelas di klinik IMU
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Chang Gung Memorial Hospital, Taiwan
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Pendedahan klinikal di Taiwan
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Bersama kohort CM220 di Taiwan
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Rawatan integratif di Hospital Selayang (KKM)
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Penempatan di Ren Yi Tang
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Penempatan di MyTCM
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Xi Fertility TCM Centre
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Mendispens herba granul di ICMC
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Pembentangan kajian: masyarakat Melayu & TCM
Baca kajian ↗
Perjalanan latihan CMP Mujahid Mazlan
Khidmat komuniti bersama Kechara Soup Kitchen

Tempah sesi bersama Mujahid

Tersedia di Hayat TCM Subang Perdana dan untuk home visit pemulihan strok.

FAQ

Soalan sebelum lawatan pertama

Adakah akupunktur sakit?

Jarum akupunktur sangat halus — jauh lebih nipis daripada jarum suntikan. Kebanyakan pesakit hanya rasa cucukan ringan, kemudian rasa berat atau hangat yang normal. Ramai yang tertidur semasa rawatan.

Adakah rawatan ini Halal?

Ya. Akupunktur dan bekam tidak melibatkan bahan yang dimakan, dan ubat herba kami diperoleh daripada pengeluar bersijil Halal.

Berapa sesi yang saya perlukan?

Bergantung kepada masalah dan tempoh anda mengalaminya. Sakit akut boleh berkurang dalam 1–3 sesi; masalah kronik dan pemulihan strok biasanya memerlukan rawatan berterusan. Anda akan dapat anggaran jelas selepas diagnosis.

Apa perlu saya sediakan sebelum datang?

Makan ringan 1–2 jam sebelum rawatan, pakai pakaian longgar dan selesa, dan bawa laporan perubatan, imbasan atau senarai ubat terkini jika ada.

Bolehkah saya teruskan ubat hospital?

Ya — jangan hentikan ubat yang diberi doktor. Maklumkan kepada kami ubat yang anda ambil supaya rawatan dan herba dapat dirancang dengan selamat.

Ada servis ke rumah?

Ya — buat masa ini, home visit terhad kepada rawatan pasca-strok sahaja, pada hari Selasa & Rabu. Rujuk Pakej Home Visit di halaman Perkhidmatan untuk harga mengikut zon.

Utama / Hubungi

Hubungi & Temujanji

Rawatan adalah melalui temujanji. WhatsApp ialah cara paling pantas untuk menghubungi kami.

Lawati kami

Hayat TCM & Wellness Centre

AlamatNo. 4, Jalan SP 2/3, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor
Buka di Google Maps →
Waktu operasi9.30 pagi – 6.30 petang
Sesi malam sehingga 9.30 malam pada hari tertentu (atas permintaan & kekosongan)
Mulakan pemulihan anda

Badan anda perlukan keseimbangan. Mari kita dengar bersama.

Tempah konsultasi TCM anda hari ini. Kongsikan masalah anda di WhatsApp dan kami akan cadangkan rawatan serta slot yang sesuai.

Utama / Ilmu TCM

Ilmu TCM

Untuk pembaca yang ingin tahu: bagaimana setiap rawatan berfungsi, kenapa kami menggunakannya, dan apa yang dijangka — diterangkan dengan jelas oleh pengamal kami.

Konsultasi TCM bersama pengamalAsas TCM

Apa itu TCM? Qi, Yin-Yang & meridian dalam bahasa mudah

Sebelum memilih rawatan, fahami dulu cara TCM melihat badan: sebagai satu sistem yang saling berhubung, bukan bahagian yang berasingan.

6 min bacaanBaca artikel
Diagnosis nadi TCM di pergelangan tanganAsas TCM

Diagnosis nadi & lidah: apa yang pengamal TCM "baca"?

Tiga jari di pergelangan tangan dan sekilas pandang pada lidah boleh memberi banyak maklumat tentang keadaan dalaman badan anda.

5 min bacaanBaca artikel
Pengamal memasukkan jarum akupunktur pada tangan dan lengan pesakitAkupunktur

Quick Pain Relief: kenapa jarum di tangan boleh legakan sakit bahu?

Teknik akupunktur jarak jauh yang fokus pada sakit otot dan sendi tertentu — sering membolehkan anda bergerak semasa rawatan.

6 min bacaanBaca artikel
Pesakit berbaring menerima akupunktur seluruh badan dengan lampu TDPAkupunktur

Fullbody Complex: rawatan keseimbangan untuk masalah yang saling berkait

Bila sakit kepala, tidur, stres dan penghadaman datang serentak, punca biasanya sama. Inilah rawatan utama kami untuk kebanyakan masalah.

6 min bacaanBaca artikel
Akupunktur kulit kepala untuk pemulihan strokAkupunktur

Akupunktur kulit kepala untuk pemulihan strok & masalah saraf

Bagaimana jarum pada zon tertentu di kepala, digabung dengan electroacupuncture dan fisioterapi, boleh menyokong pemulihan pergerakan.

7 min bacaanBaca artikel
Akupunktur abdomen untuk slimming dan keseimbangan hormonAkupunktur

Akupunktur slimming & keseimbangan hormon: apa yang realistik?

Akupunktur bukan "jarum ajaib" untuk kurus, tetapi ia boleh membantu selera, tekanan, penghadaman dan kitaran haid — faktor yang sering menghalang anda.

6 min bacaanBaca artikel
Rawatan bekam api pada belakang pesakitBekam

Bekam api vs Hijama: beza, cara & siapa yang sesuai

Kedua-duanya dipanggil "bekam", tetapi cara, tujuan dan pengalamannya agak berbeza. Ini panduan ringkas untuk memilih.

7 min bacaanBaca artikel
Aesthetic facial acupuncture dengan jarum halusKecantikan

Aesthetic facial acupuncture: cara jarum halus membantu kulit

Rawatan kecantikan tanpa bahan kimia — menggunakan jarum yang sangat halus untuk merangsang tindak balas pemulihan semula jadi kulit.

5 min bacaanBaca artikel
Ubat herba granul TCM bersijil HalalHerba

Ubat herba TCM bersijil Halal: apa yang perlu anda tahu

Herba granul moden yang mudah diambil, disesuaikan dengan corak badan anda — dan kenapa status Halal serta keselamatan sangat penting.

5 min bacaanBaca artikel
Utama / Ilmu TCM / Asas TCM
Asas TCM

Apa itu TCM? Qi, Yin-Yang & meridian dalam bahasa mudah

Sebelum memilih rawatan, fahami dulu cara TCM melihat badan: sebagai satu sistem yang saling berhubung, bukan bahagian yang berasingan.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 6 min bacaan
Konsultasi TCM bersama pengamal

Perubatan Tradisional Cina (TCM) ialah sistem perubatan yang lengkap — ada teori, kaedah diagnosis dan pelbagai jenis rawatan seperti akupunktur, bekam, herba dan tuina. Di Malaysia, TCM diiktiraf sebagai sebahagian daripada Perubatan Tradisional & Komplementari (T&CM) dan pengamalnya perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Qi: tenaga yang menggerakkan badan

Dalam TCM, Qi (disebut "ci") ialah tenaga fungsi badan — yang menggerakkan darah, memanaskan badan, menghadam makanan dan mempertahankan badan. Bila Qi mengalir lancar, badan berfungsi dengan baik. Bila Qi tersekat atau lemah, timbul simptom seperti sakit, lenguh, penat atau penghadaman terganggu.

Satu prinsip klasik TCM berbunyi: "Bila tersekat, timbul sakit; bila lancar, sakit hilang." Banyak rawatan kami berasaskan idea mudah ini.

Yin & Yang: keseimbangan, bukan lawan

Yin mewakili sifat sejuk, tenang, lembap dan menyuburkan; Yang mewakili sifat panas, aktif, kering dan menggerakkan. Kedua-duanya perlu seimbang. Contohnya, insomnia dengan rasa panas di malam hari sering dilihat sebagai Yin yang kurang, manakala rasa sejuk, lesu dan sembap boleh menandakan Yang yang lemah.

Meridian: "laluan" tenaga

Qi dipercayai mengalir melalui 12 meridian utama yang berkait dengan organ dalaman, dan setiap meridian mempunyai titik-titik akupunktur. Sebab itu, titik di tangan atau kaki boleh digunakan untuk merawat masalah di kepala, bahu atau perut — kerana ia berada pada laluan yang sama.

Apa yang sains moden katakan?

Konsep Qi dan meridian ialah bahasa TCM untuk menerangkan fungsi badan. Penyelidikan moden pula menunjukkan akupunktur boleh mempengaruhi sistem saraf, pelepasan bahan kimia penahan sakit semula jadi (seperti endorfin), aliran darah setempat dan tindak balas otot. Beberapa garis panduan klinikal antarabangsa juga menyenaraikan akupunktur sebagai satu pilihan untuk sakit kronik tertentu.

Kenapa ini penting untuk anda?

Kerana TCM merawat corak ketidakseimbangan — bukan hanya simptom. Dua orang dengan sakit kepala yang sama mungkin mendapat rawatan berbeza, bergantung pada punca yang ditemui semasa diagnosis. Inilah sebabnya setiap rawatan di Hayat bermula dengan konsultasi serta diagnosis nadi dan lidah.

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Ilmu TCM / Asas TCM
Asas TCM

Diagnosis nadi & lidah: apa yang pengamal TCM "baca"?

Tiga jari di pergelangan tangan dan sekilas pandang pada lidah boleh memberi banyak maklumat tentang keadaan dalaman badan anda.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 5 min bacaan
Diagnosis nadi TCM di pergelangan tangan

Diagnosis TCM menggunakan empat kaedah: memerhati, mendengar & menghidu, bertanya, dan merasa (termasuk nadi). Daripada keempat-empat ini, nadi dan lidah ialah dua "tingkap" paling penting untuk melihat corak ketidakseimbangan dalaman.

Membaca nadi: tiga posisi, dua tangan

Pengamal meletakkan tiga jari — telunjuk, tengah dan manis — pada nadi radial di kedua-dua pergelangan tangan. Setiap posisi (Cun, Guan, Chi) dikaitkan dengan organ tertentu. Pengamal menilai kelajuan, kekuatan, kedalaman dan "bentuk" nadi, contohnya licin seperti manik bergolek, tegang seperti tali gitar, atau halus dan lemah.

Membaca lidah: warna, salutan & bentuk

  • Warna badan lidah — pucat, merah jambu sihat, merah atau keunguan
  • Salutan — nipis putih (normal), tebal, kekuningan atau tiada salutan
  • Bentuk — bengkak dengan kesan gigi, nipis, atau ada retakan
  • Kelembapan — terlalu basah atau terlalu kering

Contohnya, lidah bengkak dengan kesan gigi di tepi sering dikaitkan dengan limpa (sistem penghadaman) yang lemah dan lembapan berlebihan — corak biasa pada orang yang mudah sembap, kembung dan susah turun berat badan.

Tips: elakkan kopi, teh pekat, kunyit, gula-gula berwarna atau mengikis lidah kira-kira sejam sebelum temujanji supaya warna sebenar lidah dapat dilihat.

Bagaimana ia membentuk pelan rawatan?

Maklumat nadi dan lidah digabungkan dengan sejarah kesihatan anda untuk mengenal pasti corak — contohnya "Qi tersekat", "kekurangan darah" atau "panas lembap". Corak inilah yang menentukan titik akupunktur, sama ada bekam sesuai, dan herba yang dipilih. Diagnosis TCM tidak menggantikan ujian perubatan moden; kami menggalakkan pesakit membawa laporan doktor atau keputusan makmal jika ada.

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Ilmu TCM / Akupunktur
Akupunktur

Quick Pain Relief: kenapa jarum di tangan boleh legakan sakit bahu?

Teknik akupunktur jarak jauh yang fokus pada sakit otot dan sendi tertentu — sering membolehkan anda bergerak semasa rawatan.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 6 min bacaan
Pengamal memasukkan jarum akupunktur pada tangan dan lengan pesakit

Ramai pesakit terkejut bila sakit bahu mereka dirawat dengan jarum di tangan atau kaki, bukan di bahu itu sendiri. Ini dipanggil akupunktur titik jauh (distal) — salah satu pendekatan tertua dalam TCM.

Bagaimana ia berfungsi?

Setiap bahagian badan berada pada laluan meridian tertentu. Dengan memilih titik pada meridian yang "berpasangan" dengan kawasan sakit — selalunya di bahagian badan bertentangan — kami cuba melancarkan semula aliran Qi dan darah di kawasan tersebut. Dari sudut moden, rangsangan jarum mempengaruhi isyarat saraf dan cara otak memproses kesakitan.

Kelebihan pendekatan ini

  • Kawasan sakit tidak disentuh — sesuai untuk kawasan yang terlalu sakit atau bengkak
  • Anda boleh menggerakkan kawasan sakit semasa jarum masih di tempatnya, supaya kesan dapat dinilai serta-merta
  • Lebih selesa — tak perlu buka baju atau berbaring lama dalam posisi yang sakit

Sesuai untuk siapa?

Quick Pain Relief direka untuk sakit otot dan sendi yang jelas lokasinya: leher tegang, bahu dan belikat, frozen shoulder, sakit belakang dan pinggang, sciatica, sakit lutut, siku, pergelangan tangan dan kaki. Untuk masalah yang lebih menyeluruh — sakit kepala berulang, susah tidur, stres, hormon atau penghadaman — kami biasanya cadangkan Fullbody Complex Acupuncture.

Apa yang dijangka semasa sesi

  • Konsultasi ringkas dan diagnosis nadi & lidah
  • Jarum steril pakai buang dimasukkan pada titik terpilih, kebanyakannya di tangan, lengan, kaki atau betis
  • Anda diminta menggerakkan kawasan sakit perlahan-lahan semasa jarum dibiarkan 20–30 minit
  • Nasihat regangan atau penjagaan di rumah selepas sesi

Ramai pesakit merasa perbezaan sejak sesi pertama, namun hasil berbeza mengikut individu, tempoh masalah dan punca sakit. Sakit yang sudah bertahun biasanya memerlukan beberapa sesi.

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Ilmu TCM / Akupunktur
Akupunktur

Fullbody Complex: rawatan keseimbangan untuk masalah yang saling berkait

Bila sakit kepala, tidur, stres dan penghadaman datang serentak, punca biasanya sama. Inilah rawatan utama kami untuk kebanyakan masalah.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 6 min bacaan
Pesakit berbaring menerima akupunktur seluruh badan dengan lampu TDP

Badan bukan koleksi bahagian yang berasingan. Stres boleh mengganggu tidur; tidur yang teruk menjejaskan hormon dan penghadaman; penghadaman yang lemah menyebabkan penat dan sakit kepala. Fullbody Complex Acupuncture merawat corak keseluruhan ini dalam satu sesi.

Pendekatan keseimbangan global

Kami banyak menggunakan prinsip akupunktur keseimbangan global: titik dipilih pada tangan, lengan, kaki dan betis untuk mengimbangi meridian di seluruh badan. Selalunya sisi Yin dirawat pada satu tangan dan sisi Yang pada tangan sebelah lagi — begitu juga pada kaki — supaya keseimbangan tercapai dari kiri ke kanan dan atas ke bawah.

Kebanyakan sesi tidak memerlukan anda membuka baju. Jarum jarang diletakkan di belakang badan, jadi anda boleh berbaring terlentang dengan selesa.

Masalah yang biasa dirawat

  • Sakit kepala tegang & migrain berulang
  • Resdung (sinus) & selsema berulang
  • Insomnia, stres, keresahan & keletihan berpanjangan
  • Kembung, gastrik, sembelit atau cirit-birit berulang
  • Haid tidak teratur & senggugut
  • Daya tahan badan dan kesejahteraan umum

Berapa sesi diperlukan?

Masalah yang baru (beberapa minggu) mungkin bertambah baik dalam 3–5 sesi. Masalah kronik biasanya memerlukan 6–10 sesi, selalunya seminggu sekali atau dua kali. Kami akan menilai kemajuan pada setiap sesi dan berbincang secara telus jika rawatan perlu diubah — atau jika anda perlu berjumpa doktor.

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Ilmu TCM / Akupunktur
Akupunktur

Akupunktur kulit kepala untuk pemulihan strok & masalah saraf

Bagaimana jarum pada zon tertentu di kepala, digabung dengan electroacupuncture dan fisioterapi, boleh menyokong pemulihan pergerakan.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 7 min bacaan
Akupunktur kulit kepala untuk pemulihan strok

Selepas strok, banyak pesakit mengalami lemah sebelah badan, kebas, kesukaran bercakap atau menelan. Rawatan perubatan moden dan fisioterapi kekal sebagai asas pemulihan. Akupunktur boleh menjadi rawatan sokongan yang berguna — dan di hospital-hospital TCM di Asia, ia sudah lama digunakan dalam program pemulihan strok.

Apa itu akupunktur kulit kepala?

Akupunktur kulit kepala menggunakan zon-zon pada kepala yang sepadan dengan kawasan fungsi otak di bawahnya — contohnya zon motor untuk pergerakan, zon deria untuk rasa kebas, dan zon pertuturan. Jarum halus dimasukkan secara mendatar di bawah kulit kepala dan dirangsang, selalunya dengan arus elektrik lemah (electroacupuncture).

Digabung dengan titik badan

Selain kepala, kami turut merawat titik pada tangan dan kaki yang lemah untuk membantu kekejangan, bengkak dan aliran darah, berdasarkan diagnosis nadi dan lidah. Gabungan ini disesuaikan mengikut tahap pemulihan setiap pesakit.

Bila patut bermula?

Secara umum, lebih awal lebih baik selepas keadaan pesakit stabil dan mendapat kebenaran doktor. Namun pesakit yang sudah lama strok juga boleh mendapat manfaat dari segi kekejangan, kebas dan kualiti hidup — jangkaan akan dibincangkan secara jujur selepas penilaian.

  • Juga untuk Bell's palsy, kebas & semut-semut, dan neuropati
  • Teruskan semua ubat yang diberi doktor — jangan berhenti tanpa nasihat
  • Maklumkan jika anda mengambil ubat pencair darah atau ada perentak jantung

Untuk pesakit yang sukar bergerak, kami menyediakan Home Visit khusus untuk rawatan pasca-strok di sekitar Lembah Klang (Selasa & Rabu).

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Ilmu TCM / Akupunktur
Akupunktur

Akupunktur slimming & keseimbangan hormon: apa yang realistik?

Akupunktur bukan "jarum ajaib" untuk kurus, tetapi ia boleh membantu selera, tekanan, penghadaman dan kitaran haid — faktor yang sering menghalang anda.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 6 min bacaan
Akupunktur abdomen untuk slimming dan keseimbangan hormon

Kami selalu jujur tentang perkara ini: berat badan tetap bergantung pada pemakanan, tidur dan pergerakan. Peranan akupunktur ialah membantu badan bekerjasama — mengurangkan keinginan makan berlebihan, memperbaiki penghadaman, mengurangkan sembap dan menyokong keseimbangan hormon.

Cara TCM melihat berat badan

Dalam TCM, berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan limpa yang lemah dan "lembapan" yang terkumpul (badan rasa berat, sembap, cepat penat), atau dengan "panas" perut (cepat lapar, suka makan manis). Ada juga yang berpunca daripada Qi hati yang tersekat akibat stres — kita makan untuk menenangkan diri.

Apa yang dilakukan semasa sesi?

  • Titik pada abdomen untuk penghadaman dan metabolisme
  • Titik pada tangan & kaki untuk selera, stres dan lembapan
  • Titik telinga (auricular) pilihan untuk membantu kawal keinginan makan antara sesi
  • Nasihat pemakanan ringkas berdasarkan corak badan anda

Keseimbangan hormon & PCOS

Untuk wanita, rawatan yang sama sering membantu kitaran haid yang tidak teratur, senggugut dan simptom PMS. Bagi PCOS, akupunktur boleh menjadi sokongan bersama rawatan doktor dan perubahan gaya hidup — bukan pengganti.

Sedang dalam program suntikan Mounjaro di Klinik Hayat? Anda layak untuk harga percubaan RM180 / sesi untuk akupunktur slimming.

Kebanyakan pesakit memilih pakej 4 atau 8 sesi, sekali atau dua kali seminggu, supaya kesan pada selera dan metabolisme dapat dikekalkan. Akupunktur slimming tidak sesuai semasa hamil.

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Ilmu TCM / Bekam
Bekam

Bekam api vs Hijama: beza, cara & siapa yang sesuai

Kedua-duanya dipanggil "bekam", tetapi cara, tujuan dan pengalamannya agak berbeza. Ini panduan ringkas untuk memilih.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 7 min bacaan
Rawatan bekam api pada belakang pesakit

Bekam api (fire cupping)

Cawan kaca dipanaskan seketika dengan api dari kapas beralkohol di dalam cawan — api dikeluarkan dan tidak menyentuh kulit. Udara yang menyejuk mencipta sedutan, lalu cawan diletakkan di atas otot (biasanya belakang dan bahu) selama 5–10 minit. Kadangkala cawan digerakkan perlahan dengan minyak (moving cupping) untuk otot yang sangat tegang.

  • Untuk otot tegang, lenguh, "masuk angin" dan keletihan
  • Tiada luka dan tiada darah
  • Sangat sesuai digabung dengan akupunktur dalam sesi yang sama

Hijama (bekam berdarah)

Hijama ialah amalan Sunnah. Selepas cawan disedut seketika, kulit ditoreh atau dicucuk secara cetek dengan pisau/lancet steril pakai buang, kemudian cawan diletakkan semula untuk mengeluarkan sedikit darah. Semua peralatan adalah pakai buang dan kawasan dibersihkan sepenuhnya selepas rawatan.

  • Biasanya pada titik Sunnah seperti antara bahu (al-kahil)
  • Hadis menyebut hari ke-17, 19 dan 21 bulan Hijrah sebagai antara waktu yang digalakkan
  • Elok dilakukan dalam keadaan tidak terlalu kenyang

Tentang kesan bulat selepas bekam

Kesan merah hingga keunguan adalah normal dan biasanya hilang dalam 3–7 hari. Ia berlaku kerana darah kapilari ditarik ke permukaan kulit, dan warnanya sering berbeza mengikut keadaan otot. Kesan ini biasanya tidak sakit.

Siapa yang tidak sesuai?

  • Wanita hamil (terutama di bahagian abdomen dan pinggang)
  • Mereka yang mengambil ubat pencair darah atau ada masalah pembekuan darah (terutama untuk Hijama)
  • Anemia teruk, kulit luka/jangkitan, atau sedang demam
  • Pesakit kencing manis yang tidak terkawal — sila maklumkan kepada kami

Tidak pasti mana satu? Ramai pesakit memulakan dengan bekam api untuk otot, dan memilih Hijama sebagai amalan Sunnah berkala. Kami akan cadangkan selepas diagnosis.

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Ilmu TCM / Kecantikan
Kecantikan

Aesthetic facial acupuncture: cara jarum halus membantu kulit

Rawatan kecantikan tanpa bahan kimia — menggunakan jarum yang sangat halus untuk merangsang tindak balas pemulihan semula jadi kulit.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 5 min bacaan
Aesthetic facial acupuncture dengan jarum halus

Facial acupuncture menggunakan jarum yang jauh lebih halus daripada jarum biasa, diletakkan pada otot dan titik tertentu di muka. Setiap jarum mencipta "micro-trauma" yang sangat kecil, yang memberi isyarat kepada kulit untuk meningkatkan aliran darah dan proses pemulihan — termasuk penghasilan kolagen.

Bukan hanya muka

Dalam TCM, kulit mencerminkan kesihatan dalaman. Kulit kusam dan penat sering berkait dengan tidur yang kurang, stres, penghadaman atau hormon. Sebab itu sesi kami turut merangkumi beberapa titik pada badan untuk keseimbangan dalaman, bukan hanya rawatan permukaan.

Apa yang boleh diharapkan?

  • Kulit kelihatan lebih segar dan bercahaya selepas beberapa sesi
  • Otot muka lebih tegang dan garis halus kelihatan lebih lembut
  • Kurang sembap di sekitar mata dan rahang
  • Perasaan tenang — ramai pesakit tertidur semasa sesi

Perkara yang perlu diketahui

Hasil berlaku secara beransur-ansur, bukan serta-merta seperti filler atau botox, dan paling baik dicapai melalui satu siri rawatan diikuti sesi penyelenggaraan. Lebam kecil kadangkala berlaku dan biasanya hilang dalam beberapa hari. Elakkan rawatan muka lain yang agresif (seperti peel kuat) dalam minggu yang sama.

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Ilmu TCM / Herba
Herba

Ubat herba TCM bersijil Halal: apa yang perlu anda tahu

Herba granul moden yang mudah diambil, disesuaikan dengan corak badan anda — dan kenapa status Halal serta keselamatan sangat penting.

CMP Ahmad Mujahid Mazlan, Pengamal Perubatan CinaCMP Mujahid MazlanPengamal Perubatan Cina · 5 min bacaan
Ubat herba granul TCM bersijil Halal

Kajian oleh pengasas kami mendapati ramai orang Melayu ragu-ragu mengambil herba TCM kerana tidak pasti status Halalnya. Ini kebimbangan yang wajar — dan sebab utama Hayat hanya menggunakan herba daripada pengeluar bersijil Halal.

Granul, bukan rebusan

Dahulu, herba TCM perlu direbus berjam-jam. Kini kami menggunakan herba granul: ekstrak herba pekat dalam bentuk serbuk yang hanya perlu dilarutkan dalam air suam. Ia lebih mudah dibawa, dosnya lebih tepat dan rasanya lebih ringan.

Disesuaikan, bukan "satu untuk semua"

Formula herba dipilih berdasarkan corak yang ditemui semasa diagnosis nadi dan lidah, dan boleh diubah apabila keadaan anda berubah. Dua orang dengan masalah tidur mungkin mendapat formula yang sangat berbeza.

Keselamatan dahulu

  • Beritahu kami semua ubat yang anda ambil, terutama ubat pencair darah, ubat kencing manis dan darah tinggi
  • Ambil herba selang 1–2 jam daripada ubat hospital, kecuali dinasihatkan lain
  • Maklumkan jika anda hamil, menyusu atau merancang untuk hamil
  • Jangan berhenti ubat doktor tanpa berbincang dengan doktor anda

Herba TCM ialah pelengkap, bukan pengganti rawatan perubatan moden. Kami gembira bekerjasama dengan doktor anda dan menggalakkan anda membawa laporan perubatan semasa konsultasi.

Artikel ini ialah pendidikan umum, bukan diagnosis. Hasil rawatan berbeza mengikut individu. Sila rujuk doktor untuk kecemasan atau keadaan serius.

Utama / Terma & Syarat

Terma & Syarat

Utama / Dasar Privasi

Dasar Privasi